Lilypie 4th Birthday Ticker

Tuesday, November 14, 2006

Nice article

Majalah Pa & Ma bulan nie ada satu rencana menarik mengenai perkembangan bayi semasa kehamilan bermula dari minggu pertama hingga minggu ke-40 mengandung.... rasanya bagus utk dibaca oleh kaum ibu utk pengetahuan jika mengandung nanti.... jadi bila pergi utk ultrasound scan, sekurg-kurgnya kita dah boleh agak apa result yg akan diketahui sekiranya baby kita normal growthnya...

Antara petikannya :

Minggu ke-9.
"Ekor" dibahagian dasar saraf tunjang bayi telah mengundur dan hampir hilang. Kepala bayi pula telah membesar, lebih besar berbanding bahagian badan lain dan berada dalam kedudukan melengkung ke atas dada. Ketika ini, ukuran bayi anda adalah 0.6 hingga 0.7 inci (16-18 milimeter). Manakala beratnya sekitar 0.1 auns (3 gram). Hujung hidung dan kelopak mata sudah mula kelihatan ketara.
Sistem penghadaman terus berkembang, dubur terbentuk, usus menjadi lebih panjang. Di samping itu, ciri-ciri reproduktif seperti testis & ovari akan mula terbentuk pd minggu ini. Bayi anda juga akan mula melakukan sedikit pergerakan kerana otot-otot sudah mula terbentuk. Dengan menggunakan ultrabunyi, pergerakan ini boleh dilihat.

Minggu ke-10.
Semua organ bayi sudah mula bekerjasama. Berlaku perubahan di bahagian luar seperti anak jari kaki dan tangan terpisah, tunas-tunas gigi terbentuk dalam mulut. Dan jika janin adalah seorang bayi lelaki, testisnya akan mula mengeluarkan hormon lelaki testosteron. Ini menandakan berakhirnya tempoh embrio, secara umumnya embrio kini sudah mempunyai satu wajah yg jelas dan akan memulakan perjalanan rasmi sebagai fetus.
Bagi ibu, saat ini merupakan lawatan pranatal anda yang pertama. Anda akan melalui pemeriksaan berat badan dan tekanan darah, pemeriksaan abdomen bagi memastikan saiz dan kedudukan janin, menguji air kencing, pemeriksaan payudara, mengetahui sejarah perubatan dan masalah kesihatan keluarga bagi memastikan bayi anda terhindar dari sbrg penyakit genetik. Malah ketika ini degupan jantung bayi anda juga akan diperiksa.

Minggu ke-12.

Perkembangan otak bayi kembali berkembang, jari kaki dan jari tangan mula membentuk, begitu juga dgn pita suara. Ia adalah minggu terakhir trimester pertama bayi anda. Ketika ini buah pinggang bayi mula berfungsi, setelah menelan cecair amnion, bayi akan mengeluarkan air kencing.

Bagi siibu pula, wajahnya seolah-olah kelihatan berseri-seri, ia bukan hanya kerana kegembiraan mempunyai seorg bayi tetapi juga kerana kulit lebih sihat dan selesa, hormon meningkat dan kelenjar minyak merembes, muka kelihatan lebih tembam.


Dan minggu2 seterusnya juga ada diterangkan dengan agak detail..

No comments: