Pagi hari raya Aidilfitri disambut dirumah okasan bersama family member yg lain... pagi tu ibu masakkan ayam masak lemak cili padi & sambal ikan bilis sebab diaorg teringin dah lama tak makan.. Actually plan sebenarnya pagi tu nak gi sembahyang raya kat masjid Kobe, tapi sebab semlm balik rumah lambat, & lepas subuh baru siap masak dan baru nak tidur kejap.., jawabnya, pagi tu beraya kat rumah je dgn diaorg....tak kisahlah beraya dimana-mana pun asalkan dapat bersama keluarga sendiri... yg buat surprise tu, tengok2 semua siap pakai baju kurung & baju melayu diaorang sekali... terharu lak rasanya...
Lepas dah abis makan & sembang2... then kami bertolak ke Kobe... makan lunch kat restoran halal Pakistan near masjid Kobe...then stay kat masjid Kobe sampai solat maghrib... in between sambil menunggu masuk waktu, sempat sembang2 dengan beberapa muslimah japanese yg masuk Islam yg turut ada sama disitu... rasa kagum dan terharu dengar jalan hidup mereka dan kekentalan jiwa mereka berani berkorban segalanya untuk memeluk Islam... dan rasa betapa kerdilnya diri aku berbanding mereka2 itu yg nampak sungguh tenang dan bersih raut mukanya... terusik jiwaku dengan ketabahan dan kesungguhan mereka...timbul rasa keinsafan jauh di sudut hatiku...
Kami bertolak balik dan tiba di Kyoto dlm pukul 10 mlm lebih.. kerana tempat penginapan kami close check-in pukul 9 mlm, kami membuat keputusan utk abah menumpang di hostel lelaki (illegally) dan aku & Nana tidur di hostelku... malangnya keesokkan paginya abah kantoi dgn warden dan akibatnya bebudak Mesia telah dimarahi oleh warden asrama... taihen meiwaku wo kakemashita... minnasan ni moushiwakearimasen deshita... osokunattakedo....Selamat hari raya & maaf zahir batin buat semua...


No comments:
Post a Comment