Lilypie 4th Birthday Ticker

Wednesday, March 07, 2007

Sedikit coretan hati...

Tergerak pula hati ini untuk menulis...

Malam tadi aku habiskan sepanjang malamku utk menonton CD kartun Nana dan salah satu cerita kegemaranku Desperate Housewife bermula dr pukul 9.00 di Channel 70 Astro (old season) and 10:30 – 11.30 di 8tv (new season). Abah pun awal-awal lagi lepas Isyak dah lena diulit mimpi, maka aku pun bermaharajalela meng-conquer remote tv sesorang…

Sedang aku khusyuk menonton televisyen , aku dikejutkan dengan suara Nana yang sedang duduk dengan setia di sebelahku sambil melawan perasaan mengantuknya menanti masa untuk didodoikan ke kamar tidur. Rupa-rupanya Nana sedang asyik bercakap dengan seekor semut yang sedang merayap di atas lantai.. Tersentak aku seketika... terlupa yang anak aku masih belum tertidur dan tengah setia menunggu aku habis menonton tv tanpa sebarang protes. Mungkin kerana tidak diberi perhatian olehku, Nana hanya bercakap dgn semut utk melayan rasa mengantuknya. Tersentuh hati aku melihat dia bercakap seorang diri sedangkan aku khusyuk tenggelam dalam hiburan duniawi. Nana memang macam tu…jarang dia tertidur tanpa disusukan dan ditidurkan oleh aku. Dia suka kalau aku menggosok belakangnya sambil dia baring mengiring. Kekadang dia akan ingatkan aku, “mak, goshok mak...” time aku lupa menggosok belakangnya...(kekadang "mak", kekadang "ibu", kekadang time nakal dipanggilnya aku "monkey"... (sabor je la...)).

Kebelakangan ini aku sering menghitungkan masalah2 duniawi sehingga hampir terlupa utk bersyukur di atas pemberian Nya. Aku risau dengan masalah studyku, bimbang tidak dapat membuat yg terbaik, risau tidak dapat mencapai keputusan yg dicari-cari selama nie dalam penyelidikanku, risau tidak dpt menyiapkan thesis dgn baik, risau dengan kesihatan ibuku , risau takut tidak dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik, risau dengan perangai orang sekeliling dan risau segala macam jenis risau lagi datang mengganggu fikiranku...

Aku rasa kita sebagai manusia kekadang tidak menghargai apa yang kita punyai. Kita asyik membandingkan diri dengan apa yg dipunyai oleh org lain, tidak pernah puas hati dgn apa yg ada sehingga kadang2 kita terlupa utk bersyukur di atas kurniaanNYA. Naluri utk mencari yg lebih baik setiap hari membuatkan kita alpa , tamak dan tidak pernah cukup. Rasanya sifat yg berterusan begini sekiranya tidak dikikis, walau diberi seluruh isi dunia inipun kepada kita tetap tidak akan cukup utk menampung nafsu kita.

Bila dihitungkan kembali, aku rasa sgt bersyukur kerana diberi segala-galanya ini. Diberi cukup sifat utk menjalani kehidupan yg lebih baik berbanding org yg cacat. Diberi akal fikiran yg baik utk membezakan yg baik & buruk, dipanjangkan umur dapat menghidup oksigen sehingga kini, diberi suami yang cukup baik bagiku kerana sudi menerima dan melayan kerenah aku yang serba kekurangan ini, diberi anak yang menceriakan hidup , pengarang jantung, sumber motivasiku setiap hari, diberi cukup makan & minum tidak perlu berlapar seperti sesetengah manusia di muka bumi ini... dan aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa, keluarga yg sentiasa membantu dikala kesusahan... dan aku bersyukur utk segala-galanya... sebenarnya masalah aku tidak sesusah yg disangka, ada lagi orang yg lebih susah & besar dugaannya daripada aku...cuma aku tidak bersyukur. Kekadang ada masanya, hidup tak seindah yg diingini...dugaan silih mendatangi utk menguji kesabaran hambaMu ini tapi sesungguhnya setiap dugaan itu telah membuat aku semakin tabah, matang dan lebih berani menghadapi cabaran hidup ini... Dengan berbekalkan imanku yg hanya senipis kulit bawang ini, aku mohon perlindunganMu dari segala godaan syaitan, jin, iblis , duniawi mahupun apa makhluk sekalipun yang sentiasa ingin melalaikan ku dr mengingatimu Ya Allah.

Hargailah apa yang kita ada...sementara masih ada.... aku ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang telah mewarnai dan membuat hidup aku sungguh bermakna...

Terima kasih...

1 comment:

david santos said...

Hello, this work is very good, thank you
have nice wkend